Selamat datang ke Tutorial Google Sketchup 3D. Jika anda berminat untuk belajar 3D, tapi terkulat-kulat dengan perisian 3D yang rumit sperti 3D Max & 3D Studio, maka Google Sketchup 3D adalah perisian yang sesuai untuk anda! Google Sketchup adalah perisian 3D yang sangat mudah digunakan sehinggakan pelajar sekolah rendah pun mampu membuat lukisan 3D & model 3D yang asas dengan mudah & pantas selepas belajar 3d Sketchup dengan video tutorial Google Sketchup yang disediakan dalam videoblog ini. Anda boleh melayari semua link video dalam blog ini di panel sebelah kanan blog dan belajar 3D sketchup dengan mengikuti tutorial Google Sketchup yang telah disediakan. Sebelum itu, sila download perisian 3D Sketchup 7 percuma di kotak dibawah. Selamat belajar Google Sketchup 3D!

Panduan Belajar Melukis Kerusi 3D

Dalam video ini, anda akan belajar cara asas melukis kerusi 3d dengan Google Sketchup. Dengan menguasai teknik asas ini, anda boleh menggunakan imaginasi anda untuk mencipta & merekabentuk kerusi idaman anda dengan 3d Sketchup. Selamat mencuba!