Selamat datang ke Tutorial Google Sketchup 3D. Jika anda berminat untuk belajar 3D, tapi terkulat-kulat dengan perisian 3D yang rumit sperti 3D Max & 3D Studio, maka Google Sketchup 3D adalah perisian yang sesuai untuk anda! Google Sketchup adalah perisian 3D yang sangat mudah digunakan sehinggakan pelajar sekolah rendah pun mampu membuat lukisan 3D & model 3D yang asas dengan mudah & pantas selepas belajar 3d Sketchup dengan video tutorial Google Sketchup yang disediakan dalam videoblog ini. Anda boleh melayari semua link video dalam blog ini di panel sebelah kanan blog dan belajar 3D sketchup dengan mengikuti tutorial Google Sketchup yang telah disediakan. Sebelum itu, sila download perisian 3D Sketchup 7 percuma di kotak dibawah. Selamat belajar Google Sketchup 3D!

Belajar Melukis Asas 3D dalam Google Sketchup

Dalam video ini, anda akan mempelajari asas cara melukis 3d dan penggunaan tools dalam Google Sketchup. Video ini mendedahkan bagaimana anda boleh menggunakan tools yang ditunjukkan untuk melukis bentuk-bentuk asas 3d seperti kotak, segitiga, bulatan dan mewarnakan lukisan 3d yang telah anda lukis dengan kemasan yang disediakan. Selamat belajar 3d Sketchup!