Selamat datang ke Tutorial Google Sketchup 3D. Jika anda berminat untuk belajar 3D, tapi terkulat-kulat dengan perisian 3D yang rumit sperti 3D Max & 3D Studio, maka Google Sketchup 3D adalah perisian yang sesuai untuk anda! Google Sketchup adalah perisian 3D yang sangat mudah digunakan sehinggakan pelajar sekolah rendah pun mampu membuat lukisan 3D & model 3D yang asas dengan mudah & pantas selepas belajar 3d Sketchup dengan video tutorial Google Sketchup yang disediakan dalam videoblog ini. Anda boleh melayari semua link video dalam blog ini di panel sebelah kanan blog dan belajar 3D sketchup dengan mengikuti tutorial Google Sketchup yang telah disediakan. Sebelum itu, sila download perisian 3D Sketchup 7 percuma di kotak dibawah. Selamat belajar Google Sketchup 3D!

Panduan Belajar Melukis Kereta 3D

Anda minat kereta? Sudah tentu anda ingin melukis kereta idaman dalam 3D! Dalam video tutorial 3d sketchup ini ditunjukkan teknik asas bagaimana melukis kereta 3d dengan merujuk kepada lukisan 2d. Lukisan 2d kereta tersebut perlu diimpot dahulu ke dalam Google Sketchup dan ia dijadikan tapak asas untuk kita membuat outline bagi mendapatkan bentuk asas kereta. Selamat mencuba!